Dan Cinta Pun Tersenyum

Sinopsis 

Mengisahkan pemuda Indonesia, berdarah campuran Melayu dari ibunya, dihantar tinggal ke Pulau Besar, Johor bagi menguruskan resort/sangraloka milik orang tuanya. Ervan Prima Sakti, terpaksa melupakan kerjayanya sebagai model selebriti di Indonesia. Biarpun resort itu dinamakan sempena namanya sendiri, Ervan protes berat. Sukar untuk dia yang hedon dan sukakan dunia gemerlap, tinggal di pulau terpencil yang jauh dari pusat hiburan apatah lagi kemajuan. Di situ dia bertemu dengan Surihani, pelukis murah yang ditugaskan oleh ibu Ervan untuk menyiapkan mural batik dalam banglo yang baru siap dibina. Bagi Surihani, Ervan seorang yang sombong, angkuh dan tidak tahu menghormati perasaan orang lain. Apabila mengetahui Ervan berdarah Indonesia, Surihani enggan berbahasa Inggeris lagi dengan pemuda itu. Sikap berlebihan Ervan yang bergaya tidak kena tempat, merawat diri mengalahkan perempuan, membuat Surihani semakin meluat. Terjadi perselisihan faham akibat bahasa Indonesia dan Malaysia. Ervan bersyukur, ibunya, Puan Zurina berbahasa Malaysia dengannya jadi dia dapat memahami setiap kata-kata Surihani. Tapi Ervan tidak pandai bercakap menggunakan Bahasa Malaysia. Surihani pula, sering salah sangka dan marah-marah kerana tersilap memahami makna Bahasa Indonesia yang Ervan gunakan. Bentrokan dua negara, budaya dan bahasa membuat mereka saling meresan, meledek sifat jelek masing-masing. Tapi setelah berdamai, baru tersedar keserasian mulai merambat hati mereka. Melihat sisi rapuh, tertanam keinginan dalam diri Ervan, mahu melindungi dan memenuhi impian hidup gadis itu. Sementara Surihani mula menemukan sisi humor dan baik hati dalam diri Ervan. Terjadi persengketaan melibatkan Akhil, supervisor Prima Sakti yang sudah lama menaruh hati pada Surihani. Tapi Ervan bertindak pantas melamar Surihani, membuat Akhil depresi. Ervan dan Surihani menganyam impian menuju ikatan halal. Hanya saja takdir berkata lain, berlaku kemalangan bot milik Ervan membuat mereka harus terpisah. Ervan hilang dari radar. Meninggalkan Surihani dalam tanda tanya tak berkesudahan. Sehingga Surihani nekad memperjuangkan cinta biarpun Akhil tak jemu menghasut. Ervan menyembunyikan diri dari dunia kerana malu dan tertekan dengan kecacatan yang dialaminya. Apabila Surihani muncul di rumahnya di Jakarta, Ervan nekad melarikan diri lebih jauh, ke Yogyakarta dengan bantuan sahabat baiknya, Irawan. Surihani pulang dengan hampa. Merana mengenangkan Ervan. Sementara Ervan mula memperbaiki diri di Yogya. Mula insaf kerana selama hidupnya terlalu alpa sehingga melupakan Tuhan. Sekali lagi, Surihani berjaya meneka keberadaan Ervan. Dengan bantuan kekasih Irawan, dia nekad menemui Ervan di Yogyakarta. Kesungguhan Surihani membuktikan kepada Ervan gadis itu tidak main-main. Tapi kecacatan tangan kanannya, merencatkan segala perasaannya. Sekali lagi Ervan melukakan hati Surihani. Tapi kali ini Ervan tidak mampu lagi menidakkan rasa hati. Surihani adalah gadis yang paling layak mendampingi dirinya, kerana tidak jemu memberikan semangat. Ervan akhirnya kembali ke Jakarta. Tampil ke publik dan setuju memakai tangan bionik. Setelah setahun, Ervan akhirnya kembali ke Pulau Besar, meminang Surihani. Bagaimanapun, pernikahan mereka mencetuskan amarah Akhil. Akhil cuba membuat huru- hara tapi pada akhirnya dia sedar dia tidak boleh menewaskan cinta Ervan dan Surihani. Akhil melepaskan perasaan dengan minum lalu mabuk. Perbuatannya itu mengundang musibah. Akhil ditemui mati lemas di bawah jeti. Ervan menjalani hidup ke arah yang lebih baik dan bahagia bersama Surihani serta anak kembar mereka.

Dan Cinta Pun Tersenyum

Fiction
IDR 103,000
00
  • ISBN:
Popular

Related Books

Stay In Touch with
Our Updates

There are many variations of passages of Lorem Ipsum means available but suffered alteration in some form, by inject humour.